Monday, December 15, 2014

Kembara Ke Big Bad Wolf

Well hello there.

Dalam 2 minggu jugak kan aku ndak post apa2, so hi! Setelah hiatus sebentar selama 2 minggu, I’m back.

Niat mau blog tu tetap ada, Alhamdulillah. Tapi itulah. Dengan lambakan test dengan assignment yang beratur minta dihantar dan dibuat, ditambah pula dengan aktiviti hujung minggu aku yang serba sibuk (main game, makan, tgk TBBT season 8; bizi la tu kan? Huehue), memang ndak dapat blog la.

Tapi pada 7 Disember yang lalu (which is Ahad minggu lepas) saya telah mengembara seorang diri ke Big Bad Wolf Sale di MIECC
.
Pada yang tak tau, Big Bad Wolf Sale ni menjual buku2 yang kena bagi diskaun dari 75-95%. Variasi buku ada. Novel, buku masakan, kamus, self help, biografi, macam2 ada dijual sana. Memang tempat yang sesuai untuk aku yang bibliophile ni. Hehehe.

Tapi sebab utama aku pegi sana ialah di sana dijual buku MALAM by Buku Fixi. Buku MALAM ni ialah salah 1 dari koleksi kompilasi cerpen limited edition Fixi. Campur MALAM, koleksi tu ada 5 buku. Tajuk2 lain ialah BOLA, KOPI, 40 dan 1 lagi tak ingat. Nak tau pasal Buku FIxi? Klik ni.

Buku tu dicetak cuma 3000 copies. Pelancaran buku tu pada 11.59pm 6 Disember dan aku dapat tau 2500 copies suda dijual setakat jam 8 pagi (aku cek IG BukuFixi). Aku punya neves jangan la cakap. Mmg takut ndak dapat. Sebab perancangannya mau pigi masa malam pelancaran tu tapi penat pulak lepas jalan pigi Melaka buat assignment Pengajian Malaysia (bukan jalan2 saja2 okay). Tapi nasib la jugak ndak pigi sebab aku dak tau sangat jalan pigi MIECC tu. Lagipun benda tu tengah malam so agak susah. Takut sesat. 
And aku somehow bersyukur ndak pigi masa tu. BERATUR PANJANG KATEKO. Aku tengok update d IG dgn Twitter BukuFixi. Memang update habis. Hahahha



So dengan lafaz bismillah, aku keluar rumah jam 7.45 pagi. Naik bas Southern jam 8.30am dari Tampin. Boleh ambil yang awal sikit, tapi sebab khusyuk sangat mengeskrol Twitter dgn IG, terus 
tertinggal bas yang awal.

Okay long story short, lepas berhimpit dalam bas tu (kapasiti 70 orang, so sabar jak la), aku sampai di KTM Seremban dalam jam 9.50am. Naik KTM berhenti di Serdang dalam jam 10.55am. Then, jalan kaki pigi MIECC. Sesat sekejap, tapi sampai jugak.


Masuk jak MIECC tu, cari terus buku MALAM tu. Lepas dapat, aku pegi setiap satu seksyen. Ada banyak seksyen. Bestsellers, Young Adult, Literature, Humour, Cookery, Dictionary, macam2. 2 jam setengah jugak mau ronda semua ni. Here are the pics yang sempat aku ambil.

Meriah tak?

The poster

Sini pun meriah

Kurang dari 100 kots baki. Haha
 Ada a few books yang aku jumpa yang memang aku minat cuma ndak dapat beli. Among them is this.

HEY APPLE!
 Buku yang ni pernah aku baca. Dan sudah diadaptasi jadi movie. Cari sekuel dia di sini tapi macam tiada. Huhuhuh

Thanks Intan! hehehe


Bargain set 1. Fifty Shades Freed. Yes I know. Hehehehehe

Bargain set 2. THE RISE OF NINE!

Ni la buku yang aku cari. Hahaha

A token of appreciation gitew.
Overall it was a nice experience. Berbaloi RM 121 aku.
Ada orang berhabis duit dengan baju, seluar apa semua. Aku habiskan di sini. Heh.
Kalau ada lagi benda ni I will surely go there! 

Harap dengan post ni boleh la make up untuk minggu2 yang aku tertinggal tu ya. Hehehe.
Talk to uols soon! xoxo