Tuesday, July 7, 2015

Kemaskini Kehidupanku

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah. Masih lagi saya diberi peluang untuk kemaskini blog ini. Kesian. Berhabuk sudah. Bukanlah saya tidak mahu kemaskini tapi disebabkan kekangan masa yang membelenggu diri ini, ditambah dengan kekangan internet, membuatkanku agak berat untuk pergi mengaktifkan titik panas dan membuka komputer riba kemudian mengetik papan kekunci untuk mengemaskini blog ini. Maaf dari lubuk hati ini yang paling dalam.

Salam Ramadan 1436H. Hari ini hari ke-20. Penuhkah puasa kamu setakat ini? Kalau penuh, Alhamdulillah. Kalau tidak penuh, tidak mengapa. Mesti ada sebab kenapa tidak penuh bukan? Siapalah saya untuk mempersoalkan sebab anda.


Anyway, berlandaskan tajuk posting ini, saya ingin memberitahu kepada anda-anda sekalian mengenai kemaskini kehidupanku selepas 1 bulan 1 hari kembali dari Melaka.

Sebelum kembali ke Sabah, saya ada set beberapa matlamat yang saya ingin capai semasa berada di sini. Antaranya:


1. Habiskan pembacaan semua buku yang aku bawak dari Melaka.

Most of the books yang saya bawak balik ke Sabah ialah buku-buku yang saya beli semasa PBAKL 2015. Kenapa saya bawak balik? Sebab nanti kurang jugak beban nanti masa balik Sabah buat kali terakhir selepas diploma :')


2. Habiskan episod drama-drama yang saya ada "hutang" aka tidak habis tengok.

Sekarang ada 4 drama yang saya "hutang", iaitu The Lover, Producer, Kill Me Heal Me dan It's Okay It's Love. Cubalah try tengok. Tapi kalau tidak menepati citarasa anda, jangan salahkan saya. Hihihi 


3. Cuba (baca:pujuk ibubapa saya) untuk buat lesen kereta.

Lesen kereta ini keperluan sekarang ni. Mana lah tahu kalau tiba-tiba kena pandu kereta sebab ada kecemasan. Gitu....


Dukacita dimaklumkan, setakat waktu kemaskini ini ditulis, semua matlamat ni TIADA SATU PUN YANG DAPAT DICAPAI. :')

Sedih kan. Padahal expectation itu tinggi untuk melihat sekurang-kurangnya SATU matlamat yang saya set ini tercapai. Semua boleh capai sebenarnya, cuma aku malas, Tapi untuk tolong parents boleh pulak rajin kan em

Yang matlamat #3 tu macam mustahil sudah. Entah la. Kita tunggu dan lihat.

Kesimpulannya, kalau ada matlamat cuba lah untuk capai. Jangan jadi macam saya. Mentang mentang la cuti sampai hujung Ogos, bertangguh sampai entah bila. Jangan...... Bertangguh itu pencuri masa. 


Sekian. Selamat berpuasa. Nah saya belanja gambar wombat. 


Wednesday, May 20, 2015

SERABUT!

Hello errbadeh.
Mau dekat 4 bulan since my last entry. Kesian blog ni. Berhabuk! Kejap ya. Mood pembersihan in 3..2..1..
.
.
.
.
.
.
.

*insert intense room cleaning scene*

.
.
.
.
.
.

..Okay dah bersih.

Hello again.
Maaf kerana abaikan blog ini. Memang aku akui, semester ini adalah semester tergila (setakat ini) sepanjang berada di MICET. 7 assignment berderet hantar pada minggu terakhir semester 3 ni. Agak intense. Serabutnya hanya Allah yang tahu. Nonetheless, semua benda tu sudah lepas. 

Minggu ni, study week. Minggu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk ulangkaji apa yang sudah dipelajari sepanjang 14 minggu sem 3, buat persediaan dari segi hafalan formula dan latihan soalan past years. Namun, tipikal students. Belajar last minute. Final exam next week weh!!!!

Tambahan pula, sepanjang seminggu ni free gila. Sudah semestinya pola tidur seseorang itu akan rosak serosak rosaknya sebab stay up yang tidak perlu pun sebenarnya. Itu yang sedang berlaku kepadaku sekarang :')

Anyhow anyway, aku banyak benda mau blog ni tapi due to some constraints (masa dan kerajinan), aku tunda dulu. Post ni pun kira sebagai "mark" yang aku akan teruskan benda ni, in sha Allah. So... pesanan dari diri sendiri buat diri sendiri:
  1. All the best untuk final examination.
  2. Jangan lupa beli flight ticket (ya saya masih belum beli)
  3. Jangan lupa update blog lepas exam
  4. BELAJAR!
Yoccay, sampai sini dahulu. In shaa Allah saya akan blog lagi. Sebelum akhiri sesi ni, saya ingin berpesan: 
Sememangnya bukan mudah untuk kita membuat keputusan bagi sesuatu perkara. Kita perlu evaluate baik buruk pilihan kita tu. Namun apabila kita sudah membuat keputusan, jangan pula kita menyesal kerana itu salah kau kenapa buat keputusan macam tu. Lain kali berfikir sebelum bertindak.
 Sekian dari saya. Semoga bermanfaat. Lah sangat.

Muah ciked dari saya buat anda semua.
:*

Thursday, January 22, 2015

Selamat Tahun Baru 2015! #eh

Hi. Ni post saya yang pertama bagi tahun ini. Agak terlambat kiranya jika saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015. Ah. Persetan. #akuyangpostkauyangpanas bahahaha


So,

SELAMAT TAHUN BARU 2015! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ya agak klise, namun apakan daya. Memang itu yang kita mahu kan? Tahun lepas mungkin agak besar dugaannya. Dengan tragedi MH370, MH17, QZ8510, banjir (yang sekarang ni masih lagi ongoing semasa post ini ditulis), so memang berat. Tetapi kita seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya yang tersendiri, so yeah. Go figure.

Azam?

To be honest saya tidak memasang azam yang spesifik kerana belum tentu akan dapat dipenuhi azam tersebut. Nanti tertunda ke tahun depan, tahun tahun depan dan seterusnya. Mungkin ini cara saya. Tapi kalau mau pasang azam tu terpulang. Tapi pastikan dapat dicapai okei. Sudah namanya azam. Capailah. Jangan sekadar jadikan azam tu sebagai sekadar obligasi untuk dibuat sebagai status, tuit, gambar dan seumpamanya apabila menginjak tahun baru. Tapi…
Kalau memang susah mau dicapai benda tu dalam setahun ni, tidak ada masalah untuk menganjakkan azam tu. Yang penting, planning. Kalau mau benda jalan, kena planning. (Tapi unplanned trips are 
the best. K iklan)

Cara mau plan tu dari kamu lah. Lain orang lain cara mau tackle azam. Tiada cara spesifik. Tiada kan buku “Macam Mana Mau Kasi Capai Azam” or something like that. (Kalau ada bagitau. Aku rebiu terus buku tu lol.) Dari kamu saja tu. Heheh

Kalau kamu perasan, posting aku kali ni agak baku. Mungkin itulah perubahan untuk tahun ini. Membaku kan post di blog ni. Tenang jugak sikit jiwa baca blog ni. Sikit la. Sikit.

Kalau ada apa2 yang kamu rasa perlu aku improve, boleh bincang di ruang komentar di bawah. Dan kalau rasa mau tengok my mundane life, boleh tambah saya di @iamasrafsaid (Twitter, Instagram) dan Asraf Said (FB). Nampak ka ketiadaan malu mau promote diri sendiri tu lol. Mentang2 boleh dikira bilangan orang yang baca ni hm.
Be warned, memang aku akan merapu di Twitter dan post gambar apa aku suka di Instagram dan tidak aktif di FB. Follow at your own risk k heheh.


That’s all for now. Diharapkan aku akan dapat mencuri masa lagi untuk mengepos benda2 dalam sini. Kalau rajin, promote lah blog ni di social media kayh. Peace y’all. :*