Tuesday, July 7, 2015

Kemaskini Kehidupanku

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah. Masih lagi saya diberi peluang untuk kemaskini blog ini. Kesian. Berhabuk sudah. Bukanlah saya tidak mahu kemaskini tapi disebabkan kekangan masa yang membelenggu diri ini, ditambah dengan kekangan internet, membuatkanku agak berat untuk pergi mengaktifkan titik panas dan membuka komputer riba kemudian mengetik papan kekunci untuk mengemaskini blog ini. Maaf dari lubuk hati ini yang paling dalam.

Salam Ramadan 1436H. Hari ini hari ke-20. Penuhkah puasa kamu setakat ini? Kalau penuh, Alhamdulillah. Kalau tidak penuh, tidak mengapa. Mesti ada sebab kenapa tidak penuh bukan? Siapalah saya untuk mempersoalkan sebab anda.


Anyway, berlandaskan tajuk posting ini, saya ingin memberitahu kepada anda-anda sekalian mengenai kemaskini kehidupanku selepas 1 bulan 1 hari kembali dari Melaka.

Sebelum kembali ke Sabah, saya ada set beberapa matlamat yang saya ingin capai semasa berada di sini. Antaranya:


1. Habiskan pembacaan semua buku yang aku bawak dari Melaka.

Most of the books yang saya bawak balik ke Sabah ialah buku-buku yang saya beli semasa PBAKL 2015. Kenapa saya bawak balik? Sebab nanti kurang jugak beban nanti masa balik Sabah buat kali terakhir selepas diploma :')


2. Habiskan episod drama-drama yang saya ada "hutang" aka tidak habis tengok.

Sekarang ada 4 drama yang saya "hutang", iaitu The Lover, Producer, Kill Me Heal Me dan It's Okay It's Love. Cubalah try tengok. Tapi kalau tidak menepati citarasa anda, jangan salahkan saya. Hihihi 


3. Cuba (baca:pujuk ibubapa saya) untuk buat lesen kereta.

Lesen kereta ini keperluan sekarang ni. Mana lah tahu kalau tiba-tiba kena pandu kereta sebab ada kecemasan. Gitu....


Dukacita dimaklumkan, setakat waktu kemaskini ini ditulis, semua matlamat ni TIADA SATU PUN YANG DAPAT DICAPAI. :')

Sedih kan. Padahal expectation itu tinggi untuk melihat sekurang-kurangnya SATU matlamat yang saya set ini tercapai. Semua boleh capai sebenarnya, cuma aku malas, Tapi untuk tolong parents boleh pulak rajin kan em

Yang matlamat #3 tu macam mustahil sudah. Entah la. Kita tunggu dan lihat.

Kesimpulannya, kalau ada matlamat cuba lah untuk capai. Jangan jadi macam saya. Mentang mentang la cuti sampai hujung Ogos, bertangguh sampai entah bila. Jangan...... Bertangguh itu pencuri masa. 


Sekian. Selamat berpuasa. Nah saya belanja gambar wombat. 


No comments:

Post a Comment