Wednesday, May 20, 2015

SERABUT!

Hello errbadeh.
Mau dekat 4 bulan since my last entry. Kesian blog ni. Berhabuk! Kejap ya. Mood pembersihan in 3..2..1..
.
.
.
.
.
.
.

*insert intense room cleaning scene*

.
.
.
.
.
.

..Okay dah bersih.

Hello again.
Maaf kerana abaikan blog ini. Memang aku akui, semester ini adalah semester tergila (setakat ini) sepanjang berada di MICET. 7 assignment berderet hantar pada minggu terakhir semester 3 ni. Agak intense. Serabutnya hanya Allah yang tahu. Nonetheless, semua benda tu sudah lepas. 

Minggu ni, study week. Minggu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk ulangkaji apa yang sudah dipelajari sepanjang 14 minggu sem 3, buat persediaan dari segi hafalan formula dan latihan soalan past years. Namun, tipikal students. Belajar last minute. Final exam next week weh!!!!

Tambahan pula, sepanjang seminggu ni free gila. Sudah semestinya pola tidur seseorang itu akan rosak serosak rosaknya sebab stay up yang tidak perlu pun sebenarnya. Itu yang sedang berlaku kepadaku sekarang :')

Anyhow anyway, aku banyak benda mau blog ni tapi due to some constraints (masa dan kerajinan), aku tunda dulu. Post ni pun kira sebagai "mark" yang aku akan teruskan benda ni, in sha Allah. So... pesanan dari diri sendiri buat diri sendiri:
  1. All the best untuk final examination.
  2. Jangan lupa beli flight ticket (ya saya masih belum beli)
  3. Jangan lupa update blog lepas exam
  4. BELAJAR!
Yoccay, sampai sini dahulu. In shaa Allah saya akan blog lagi. Sebelum akhiri sesi ni, saya ingin berpesan: 
Sememangnya bukan mudah untuk kita membuat keputusan bagi sesuatu perkara. Kita perlu evaluate baik buruk pilihan kita tu. Namun apabila kita sudah membuat keputusan, jangan pula kita menyesal kerana itu salah kau kenapa buat keputusan macam tu. Lain kali berfikir sebelum bertindak.
 Sekian dari saya. Semoga bermanfaat. Lah sangat.

Muah ciked dari saya buat anda semua.
:*

No comments:

Post a Comment